16 Ogo 2010

0

ku titipkan buat mu asrar

  • 16 Ogo 2010
  • opiehahdi
  • Share
  • Di sebuah kolej matrikulasi?

    Pada awal kehidupan Asrar di kolej ini kehidupan nya masih belum jauh berubah. Masih ada unsur2 jahil dalam dirinya.. Namun Asrar amat beruntung dikurniakan seorang roommate dari golongan faham..Suatu petang dalam minggu Orientasi?
    ?Asrar, ko nak baca tak artikel ni..?Best tau pasal pergaulan lelaki perempuan.?
    ?Ye ke,Ani? Meh sini aku tengok. Macam menarik jugak eh?Aku ni bukan reti sangat bab2 ni. Tapi tak pe la,dari xde benda nak wat,baca artikel ni pn layan jugak..?
    ?Haha?Nah la ada 3 artikel ni. Ko amik dulu la. Nanti baru aku baca?
    Namun niat Asrar nak baca artikel tersebut terbantut kerana jadual minggu Orientasi yang ketat dan padat. Sedar atau tidak, dari situlah permulaan Asrar berubah..Ani, roommate Asrar merupakan seorang pelajar lepasan sekolah agama. Walaupun Asrar dari golongan yang tidak faham namun jauh di sudut hati Asrar, dia mahu menjadi wanita terhormat,lemah-lembut tutur kata dan cantik akhlak serta budi pekerti.

    Malam itu di kala semua orang ralit diulit mimpi, Asrar tetap meneruskan pembacaannya. Dia mula berfikir tentang hubungannya dengan Azri?Hubungan yang selama ini terjalin sejak dari sekolah menengah lagi?Mereka dikatakan pasangan yang secocok kerana jarang sekali berkelahi apatah lagi berselisih pendapat, namun corak percintaan mereka tidak sama seperti dalam artikel2 yang dibaca tadi?Asrar mula menerawang mengingat zaman silamnya bersama Azri?

    ?Asrar, sudi tak awak jadi couple saya??


    Soalan keramat yang membawa Asrar ke dunia lebih jahil?Memang pada kali pertama soalan itu diajukan, Asrar menolak dengan alasan dia menganggap Azri hanya sebagai kawan. NAmun setelah diasak berkali-kali.Akhirnya Asrar akur. Asrar bukanlah dari golongan faham. LAtar belakang keluarganya juga biasa sahaja. Didikan agama yang diterima Asrar sejak kecil belum mampu menahan dirinya dari menahan keinginan menjadi seperti rakan2 remaja seusianya yang mahukan hiburan dan pasangan. Asrar memiliki rupa yang manis dan suara yang lemah lembut, perwatakannya mampu mencairkan hati lelaki. Oleh yang demikian, Asrar sering berhadapan dengan teman2 yang sudi memadu kasih dengannya. WAlaupun Asrar bukanlah dari gollongan yang sangat menjaga, namun dia masih mampu menahan godaan dari melayan kesemua cinta yang cuba mengetuk pintu hatinya.


    Sejak bercouple dengan Azri, Asrar sangat kurang berbicara dengan lelaki lain. Baginya dia mahu menjaga dirinya dan maruah Azri. Siapa yang mahu kekasih hati boleh bergaul mesra dengan orang lain? Kesemua cinta yang melamar hatinya selepas bersama Azri ditolak mentah2. HAmpir kesemua guru di sekolah tempat mereka belajar tahu tentang hubungan mereka. Memandangkan mereka belajar di sekolah berasrama penuh, segala hal mereka diambil tahu oleh semua orang. Namun mereka persetankan sahaja.



    Bagi mereka, mereka tidak bersalah. Mereka hanya hendak menjadi remaja normal biasa dan tidak hipokrit terhadap diri sendiri. Asrar bukanlah seliar mana. Cuma sebagai remaja yang meniti hari gembira, dia jadi alpa dalam mendalami ilmu agama. Walaupun setiap kali waktu solat dia rajin ke surau. PAda waktu Subuh dan MAghrib kadang2 dialah yang pertama menjejakkan kaki ke surau. Dia jarang sekali ponteng sesi ceramah yang diadakan setiap malam minggu. Namun masalahnya ialah dia BERCOUPLE!!! Memang dia amat jarang ponteng sesi ceramah walaupun kadang kala cuping telinganya terasa panas apabila topic yang dibicarakan ialah tentang pergaulan, batas2 aurat lelaki dan perempuan.


    Memang Asrar bertudung, namun fesyen pakaian nya ialah pakaian muda mudi zaman kini. T-shirt dipadankan dengan jeans. Memang t-shirt long sleves or three quarter namun masih boleh menampakkan susuk tubuh. Bagi orang yang tidak faham macam Asrar pakaian begitu tidak salah pada pandangan mata dia dan rakan2nya. Dan tentu sekali tidak di mata Azri yang seringkali memuji penampilan Asrar.  Ramai juga yang mengambil berat tentang Asrar di sekolahnya. Seorang guru yang rapat dengan Asrar memanggilnya pada suatu hari?

    ?Assalamualaikum cikgu! Cikgu panggil saya??

    ?Ye Asrar?Macam mana life lately? Azri ok??

    ? Ok la cikgu, result pn makin ok. Azri banyak tolong saya. Dia kan antara best student kat sini cikgu?

    ?Saya tau tu. Tapi Asrar kejayaan awak bukan sebab dia. Tapi atas usaha awak sendiri. Saya tau awak selalu study dengan dia tapi pada pandangan orang lain korang tengah dan asyik dating. Awak tu perempuan, pndai2 la jaga diri ye??

    ?Jgn la risau cikgu, Azri tu baik. Takkan la dia nak wat tak senonoh kat saya?

    ?Saya tak cakap pn mcm tu. Saya tau dia baik, akan jaga awak tapi dia tetap lelaki dan awak tetap perempuan. Ada batasan dalam bergaul. Secara jujurnya saya tak nampak sebab awak patut coupke dengan dia. Bukan takde orang lain yang lebih baik dan menjaga dari dia. Lagipn kalu nak compare awak dengan dia macam Beauty and the Beast tau?

    ?Tak baik cikgu cakap mcm tu? Asrar seakan merajuk..

    ?Bukan apa Asrar, Awak tu kalu nak dapat yang jauh lebih baik pn boleh.Bila2 masa je. Azri tu kwn pn dgn orang2 bermasalah. Saya taknak awk terikut plak nant. Saya knal sangat awak ni. Dari 1st time saya nampak awk, saya tau awk mudah terikut dengan orang yang rapat dengan awak. Awak ni lembut ati. Perwatakan awk pn lemah lembut. Awak bukanla jahat atau nakal. Cuma kalu salah pilih kawan, takut2 awak lalai?

    Kata2 gurunya masih tersemat di kalbu Asrar sehingga detik waktu dia membelek dan meneliti artikel2 yang diberi oleh Ani. Asrar nekad hendak menjauhkan diri daripada Azri. Mereka ditempatkan di kolej yang sama atas permohonan yang mereka lakukan sendiri ketika di sekolah dahulu. Ketika jauh termenung memikirkan zaman silamnya, tiba2 alarm handphone berbunyi. Asrar lantas mengejutkan Ani dan roomatenya yang lain. Banyak lagi aktiviti Orientasi yang akan mereka lakukan pada hari ini. Namun tekad Asrar tidak berubah?DIA MAHU MEMUTUSKAN HUBUNGAN SIA2NYA DENGAN AZRI?

    Pagi itu ketika minum pagi?.

    ?Alamak, nape mamat ni ada kat caf? aku..macamla takde caf? kat asrama dia. Sibuk je..DAh 2 3 hari aku tak reply msg or contact dia.Jgn la dia datang serbu aku. Ani ada dia tak berani kot? Asrar bermonolog sendiri

    Namun telahan Asrar jauh meleset. Azri menghampiri Asrar dan terus duduk di sebelah Asrar. Asrar tidak selesa dengan situasi itu terus bangun dan menarik tangan Ani untuk segera beredar dari situ. Azri tidak puas ati dan terus mengejar Asrar. Asrar tau ramai yang memerhatikan gelagat mereka. Malu memang malu namun, persetankan sahaja lah?Mind our own business! Azri mahu berbicara dengan Asrar tapi Asrar hanya diam dan berkata, ?sorry la,nak cepat.MAlas la nak layan benda2 ngarut mcm ni dah..?

    Nmun cubaan kali pertama untuk clash dengan Azri tidak berjaya. Hati Asrar sudah lembut untuk Azri. Pujuk rayu Azri mencairkan hati Asrar. Hati mana tidak cair bila berhadapan dengan orang yang sudah susah senang bersama. Tempoh yang lama bermadu kasih tiba2 hendak berpisah tanpa alas an. Bunyinya agak kelakar?Akhirnya mereka tetap pasangan bahagia?Namun Asrar tidak pernah berhenti berdoa untuk diberi kekuatan dalam menepis godaan dunia.

    Hari silih berganti?

    Pada suatu hari, Azri memberitahu Asrar bahawa dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran yang lebih baik. Asrar menyokong hasrat Azri walaupun Azri berat hati mahu meninggalkan Asrar. Pulang dari berjumpa azri, Asrar termenung seorang diri?

    ?Mungkin ini salah satu pertunjuk dan pertolongan ALLAH untuk aku menjaga diri dari lelaki. Lebih2 lagi Azri? Dalam hati tertanam rasa syukur walau terselit duka kerana akan berpisah dengan kekasih hati?

    Pada malam perpisahan kekasih dua sejoli ini, mereka bertemu di student centre. Asrar agak sedih mahu melepaskan kekasih hatinya itu. Sayangnya pada Azri bukan mainan namun hatinya masih keliru, saying sahabat atau kekasih yang bakal berkongsi hidup. Persoalan itu sudah lama Asrar biarkan dalam lubuk hatinya. Azri meninggalkan beribu pesanan untuk Asrar supaya menjaga diri sepanjang ketiadaannya. Azri mengamanahkan Asrar pada seorang sahabatnya untuk diperhatikan. Azri berjanji akan selalu datang melawat Asrar. Perpisahan malam itu diakhiri dengan airmata Asrar? Dia sendiri keliru mengapa dia menangis..

    Keesokannya?

    ?Asrar jaga diri tau, ibu Azri sekejap lagi sampai. Asrar jangan ngorat lelaki lain. Azri menangis tak berlagu nanti. Ingat janji kita. LAgi 10 tahun Azri dating umah family Asrar?
    ?Azri pn jaga diri, Ina ada ni.. Leh tengok2kan Asrar. Bukan Azri tak knal Ina ni. Anak kwn baik ibu Azri jugak?

    ?Ye la..Ina jagakan Asrar. Pasni aku da tak stay cni.KAlu dia ada prob tolong dia.Kalu ko tak keberatan la.?

    ?Ape la ko ni..Asrar ni kawan aku.PAndai la aku jaga dia. Dia kn classmate cum bestfriend aku?Dah2 kang hujan plak kat cni. Ibu ko mane? Lame aku tak jumpe ibu ko?

    ?Jap lagi sampai la dia. Ko ni macam nak halau aku je. Sian kat Asrar, kang aku pegi cepat2,sape nak pujuk dia??

    ?Poyo la ko??

    Asrar membiarkan sahaja dua sahabat itu. Dia sibuk melayan perasaan. Azri pergi jua di hadapan matanya. Dia tetap menitiskan airmata. Mungkin sayangnya pada Azri membuatkan empangan airmata pecah?

    Setelah beberapa bulan?

    Asrar menjalani kehidupan seperti biasa tanpa Azri. Dia masih ada Ani dan Ina. Antara sahabat yang paling rapat dengannya. Asrar masih berhubungan dengan Azri melalui SMS dan panggilan telefon. NAmun niat asalnya hendak memutuskan hubungan dengan Azri tidak pernah luntur Cuma masalahnya, dia blom ckp kuat. Setiap kali solat dan solat sunat, doa agar diberi kekuatan tidak pernah lekang dari bibir Asrar?

    Sehinggalah suatu hari..

    Asrar dan Ina rapat dengan seorang lagi classmate mereka, Nor. Nor memohon untuk pergi melanjutkan pelajaran di tempat yang sama dengan Azri namun permohonannya masih dalam proses. Nor mengajak Asrar dan Ina menyertai SahabatHijjaz.Com. Asrarbagaikan tertarik dengan pelawaan itu. TAnpa berfikir panjang Asrar terus mendaftar. Dari situ Asrar mendapat banyak info mengenai Islam yang dicarinya. Sejak dari hari itu, dia menjadi pengunjung laman web itu yang agak setia?Setiap kali log in, pasti ada sahaja komen, pertanyaan dan kemusykilan yang akan Asrar ajukan. Asara semakin tertarik untuk berubah..NAmun dia pendamkan dulu, sambil dia mencari kekuatan?Beruzlah merupakan ayat yang paling sesuai dengan Asrar pada ketika itu.

    Asrar sangat tertarik dengan hasil karya yang bertajuk ?SEINDAH MAWAR BERDURI? yang terdapat dalam laman web tersebut. Dia mula belajar mencari cinta sejati yang hakiki?

    PAda suatu petang..Di bilik Asrar?

    ?Ani, aku rasa aku nak pakai tudung labuhla??

    Ani bagaikan tersentak dengan luahan Asrar. BAginya Asrar memang sudah banyak berubah namun dia kurang percaya pada Asrar. Dia dari sekolah agama, dia sering memerhatikan orang yang belajar di sekolah agama akhirnya keluar dari institusi itu tidak lagi bertudung labuh, lebih teruk tudung pn ghaib..Inikan pula Asrar yang dari golongan tidak faham?

    ?Ko jangan nak main2. Pakai tudung labuh ni kene istiqamah, bukan suka2. Bila da start pakai, mane bleh suka2 buka?

    ?Ye la, aku tau tu. Aku nak pakai terus la. Sapa nak buka? Aku nak pakai tudung labuh yang leh pin tu.Pakai tudung jahit tengah tu aku blom cukup kuat lagi.?

    ?Bila ko nak pakai ni. Kalu ko blom ready, pakai la selang2. Dua hari pakai tudung biasa, then pakai tudung labuh?

    ?Taknak la selang2. Nanti ada kecenderungan tak berubah langsung?

    Asrar nekad. Dia mahu berubah dan dia yakin ALLAH telah menitipkan kekuatan dalam dirinya..Keesoakannya hari jumaat, dia meminjam tudung sahabat sebiliknya, Athira. Dipadankan tudung itu dengan jubah yang sudah berzaman dalam lokernya?

    Dia tidak berasa janggal pn walau itulah kali pertama dia memakai tudung labuh. Terserlah keayuan wajahnya dengan set jubah serta tudung labuh itu. Memandangkan hari itu merupakan hari terakhir sesi setengah semester. Dia akan pulang dengan dijemput oleh kedua ayahanda dan bondanya. Dia sendiri masih berteka teki dengan penerimaan keluarganya nanti?

    Tengah hari itu..

    ?Bila bonda ko sampai Asrar??

    ?Jap lagi la Ani. Jangan la risau, aku da cakap ko nk tumpang sampai stesen bas?

    ?Ok! Thanx..?

    Tidak lama selepas itu, bonda dan ayahanda Asrar pn tiba?

    Dalam ramalan Asrar, bonda dan ayahanda pasti terkejut dengan penampilannya yang sangat berbeza dari biasa. Namun diketepikan dan sengaja dia berlagak bersahaja?

    ?Bonda, cantik tak Asrar pakai macam ni? Cute kan pakai tudung macam ni??

    Bonda Asrar hanya memandang tanpa kata. Asrar biarkan situasi itu hang begitu sahaja. Selepas menghantar Ani Asrar meminta bonda dan ayahandnya berhenti sebentar di sebuah shopping complex. Dia mahu membeli tudung..Sudah pastinya tudung labuh yang sangat diingini oleh Asrar. Kedua ayahanda dan bondanya hanya mengikut sahaja.

    Sekembalinya Asrar ke kolej selepas cuti itu, dia terus dengan niatnya untuk istiqamah memakai tudung labuh. Ramai yang berpendapat Asrar hanya begitu memandangkan sedang menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan yag mulia ini. Asrar persetankan sahaja umpatan2 yang didengarinya, baginya cukuplah dia dan ALLAH sahaja yang mengerti niatnya. Dia lebih tenang dengan imej barunya. Terasa lebih terjaga, sahabat2 lelaki yang dulu galak mengusik dan men?takcle?nya pn sudah berkurangan namun tanpa disedari ada mata lain yang memandangnya dari jauh. Memerhatikan perubahannya dan mengagumi dirinya?

    Bagi Asrar kali ini dia nekad untuk memberi kata putus pada Azri. Malam itu selepas solat hajat, dia mengirim SMS kepada Azri..Ini merupakan kali ke 49 dia meminta perpisahan dari Azri. Sudah berkali kali SMS Azri dan panggilan nya tidak dilayan oleh Asrar setelah pnat dan puas Asrar menerangkan pada Azri perbuatan mereka bercouple itu salah?Namun malam itu merupakan satu kejutan untuk Asrar, Azri menerima perpisahan yang Asrar minta. Bagi Azri permintaan Asrar tidak melampau. Asrar sangat bersyukur sehingga dia puasa pada keesokan harinya?Setelah hampir setengah tahun, doa dan usahanya tidak sia2..Rasa syukurnya tidak terhingga pada ILAHI..

    Asrar masih tetap seperti dulu, penghijrahan yang mendamaikan jiwanya dilalui. Dia semakin rajin membaca buku2 agama, mendampingi sahabat2 yang tinggi nilai ilmu agamanya, bergaul dengan mereka dan yang paling pasti?Asrar lebih menjaga diri dan hatinya. Dia mahu menjadi wanita mulia seperti kata Saidatina Siti Aisyah ?PEREMPUAN YANG BAIK IALAH PEREMPUAN YANG TIDAK MELIHAT LELAKI DAN TIDAK DILIHAT OLEH LELAKI?

    Namun jalan kebenaran, tak akan pernah sunyi. Ada sahaja ujian yang datang melanda..Jika dulu Asrar diminati oleh lelaki dari golongan tidak faham, kini masalah lain pula timbul. Golongan faham mula meminati Asrar. Namun oleh kerana perjalanan zaman gelapnya bersama Azri, dia sudah semakin mampan. Hatinya tidak melayan perasaan yang datang mengetuk pintu hatinya. Dibiarkan sahaja para muslimin itu sambil mendoakan mereka tidak lalai dan leka dengan fitnah terbesar dunia?Wanita?

    Pagi itu seperti biasa, Asrar mendengar lagu favouritenya?Nur Syahadah dendangan Far East. Bagi Asrar lagu itu banyak menyimpan khazanah seribu rahsia?Walaupun kumpulan Far East menyasarkan lagu tersebut kepada golongan MUALLAF tapi bagi diri Asrar bukan sahaja orang bukan Islam memerlukan hidayah dari ALLAH tetapi juga orang sepertinya. Yang mahu berhijrah dari menjadi golongan jahil kepada golongan yang lebih memahami dan mendalami ISLAM YANG SEBENAR?Lagu inilah yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepada diri Asrar. Asrar berhijrah tanpa teman, dia bersendirian namun ALLAH lah tempat dia bergantung harap.

    Asrar seorang yang cekal. Dalam menempuhi jalan hijrahnya, banyak kata2 nista dan fitnah yang diterimanya. Lebih2 lagi dari kawan2 yang dulu pernah sama2 dengannya ketika zaman jahiliyyahnya. Dikatakan Asrar berubah hanya bermusim, bertudung labuh kerana mengandung anak luar nikah, dan bermacam-macam lagi..Namun Asrar tabahkan hati, pekakkan telinga. Sayang sekali, kata2 penghinan bukan sahaj diterima dari golongan tidak faham, namun dari insan2 yang faham juga. Asrar terkedu tatkala insan yang faham juga tidak menyokongnya malah mengatakan dia hanya berubah sementara dan akn kembali semula pada dirinya yang asal. Asrar hanya mampu menitiskan airmata, berdoa ALLAH melindunginya dan memberinya kekuatan dan megampunkan orang2 yang berkata buruk tentangnya?
    Jika dulu Asrar seorang yang panas baran namun perjalanan hijrahnya membuatkan dia menjadi seorang yang penyabar. Ranjau berduri yang dilaluinya mengenalkannya kepada SUNNAH ORANG BERJUANG?Ditempuhi jalan hijrah ini walaupun payah..Dibekalkan dirinya dengan SEGENGGAM TABAH..

    Sehingga menjejakkan kaki ke universiti, Asrar masih tidak menghentikan perjalanan hijrahnya. Dia kini meningglakan tudung labuh berpin nya itu. Diberikannya tudung tersebut kepada rakan2 nya kerana tudung berjahit pula menjadi pilihannya. Dia lebih terjaga begitu. Dia masih memburu ilmu. Dia kini bersama rakan2 baru, menemani jalan jihad nya. Dia dambakan Mati Di Jalan ALLAH?

    PARA PEMBACA BUDIMAN, KISAH ASRAR BUKAN DONGENGAN.IA BERLAKU DI DUNIA NYATA..BUKAN REKAAN PENGLIPUR LARA.MUNGKIN ADA PINDAAN DALAM NAMA WATAK2,,DAN JALAN CERITA NAMUN ISI DAN INTIPATINYA TETAP SAMA.PINDAAN ITU HANYA UNTUKI MENJAGA KERAHSIAAN.MARI KITA SAMA2 BERDOA UNTUK ALLAH TERUS MEMBERI KEKUATAN KEPADA ASRAR KERANA SEHINGGA DETIK WAKTU INI, KELUARGANYA LAH HALANGAN TERBESAR DALAM PERJUANGANNYA?ASRAR BUKAN DARI KELUARGA YANG FAHAM, HIJRAHNYA DITENTANG KERAS NAMUN HATINYA TETAP BERSAMA ALLAH. SEMOGA ALLAH MERAHMATINYA DAN MEMBERI KEKUATAN KEPADANYA?BEGITU JUGA DENGANKU?.AMIN?

    Rakaman jutaan terima kasih untuk sahabat2 Asrar terutamanya Ani kerana masih setia bersaudara dengan Asrar.UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA.. Perjalanan Hidup Asrar semakin lama semakin menarik Cuma belum ada kesempatan untuk ana menulisnya. Semoga bertemu lagi nanti?Wassalam..

    0 Responses to “ku titipkan buat mu asrar”

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Berita Terkini

    Subscribe


    Web Informer Button