12 Dis 2010

3

Kebebasan @_@

  • 12 Dis 2010
  • opiehahdi
  • Share
  • menung-baju-hijau-siap

    “Kebebasan itu satu kata yang mudah di ucapkan tapi sukar untuk dipraktikkan. Maka di setiap ia terbangun di pagi harinya. Dia selalu bertanya, apa itu bebas? Mungkin kebebasan itu seperti udara yang meniupnya dan matahari yang menyinarnya di setiap pagi. Membuatkannya merasa seperti manusia atau kebebasan itu ertinya cinta. Sayangnya senja terlalu lebih awal datang di hari-harinya dan ia menutup matanya kembali. Ia belum menemukan pertanyaan yang di mulainya pagi tadi. Apa itu bebas?”

    Kinazatul asrar, gadis manis itu kini tersungkur lemah dibalik pintu kamarnya. Perlahan air matanya mulai menitis. Masih terbayang pertengkaran dengan kakaknya, Arnezatul wisuda malam tadi.

    “Kamu pikir ini hotel? Jadi kamu boleh pulang pergi sesukanya? Begitu?” tuding Arnezatul, sinis. Kina terdiam sejenak.

    “Tapi Ka…aku kan…” Kina mencuba membela diri. Tapi tomahan panjang kembali terlontar dari mulut kakaknya.

    “ Tak yahh banyak alasan!! Ingat, kamu tuh masih kecil, baru kelas 1 SMA. Jadi tak usah berkawan, tak yahh keluar terus.”

    “ Tapi, kalau Kina pergi juga dan tau waktu baliknya Kak..!!” Timpal Kina.

    “ Bijak ya kamu sekarang! Sudah berani kamu melawan Kakak?? Kina, masuk ke bilik kamu. Sekarang. Apapun kamu harus duduk dirumah. Diam, belajar, dan bantu kakak mengurus Ibu, urus rumah” tutur Arnezatul panjang lebar.

    “ Awas kalau sampai kamu berani keluar besok pagi” tambahnya, menggertak.

    Kina menyeka air matanya, pelan. Kata-kata itu masih saja terngiang di telinganya. Rasanya sakit… bahkan lebih sakit dari tamparan Arnezatul tadi malam. Gadis itu kadang berfikir. Apa punya ramai kawan itu salah? Apa sebagai seorang gadis remaja, jaga penampilan itu salah? Apa malam minggu kumpul bersama kawan itu juga salah? Kina sendiri bingung dengan kakaknya. Apa pun yang dilakukan Kina, selalu saja dinilai salah oleh Arnezatul. Padahal setiap hari, Kina sering sangat melakukan kerja mengurus rumah. Mulai dari mengemas, menyapu lantai, menyuci, menyeterika baju, terkadang juga masak. Tapi semua itu sama sekali tak pernah dilakukan oleh Arnezatul. Karena dia selalu nilai, kalau Adiknya itu tak boleh buat apa-apa.

    Kina selalu merasai, kakaknya itu suka marah-marah sejak Ayah mereka meninggal, dan Ibu mulai sering jatuh sakit. Tapi Kina tak tau kenapa!! Dia bahkan tak pernah tau apa-apa selain ini. Jadi kenapa harus Kina yang jadi pelampiasan ni? Bahkan sekarang ini, dia juga dikurung dibilik hanya gara-gara semalam pulang jam 8. Sementara Kina, masih tertunduk lemah. Meratapi kehidupan remajanya terkongkong dan tak bebas gara-gara kakaknya, Arnezatul.

    *******

    Jam 4 petang, Kina masih lagi terkurung di dalam bilik. Tiba-tiba terdengar alunan musik yang dipilihnya sebagai nada dering. Panggilan dari ‘Dalila’, Kina segera menekan punat answer ‘yes’….
    “ Hello…” sape ye, di sana.

    “ Kina!!! Kamu dimana sekarang? Aku dengan yang lain sudah lama menunggu kamu di tempat yang kita janji semalam. Katanya kamu mau ikut sekali menjenguk Erfan di hospital. Iffah sudah teringin sangat nak pergi tuh dari tadi. Kamu Tau kan, dia memang sayang dengan si Erfan. Eh, kamu jadi ikut tak nih??” Dalila berceloteh panjang.

    “ Sorry La, aku lagi ada masalah nih di rumah. Jadi tak dapat keluar, maaf ya!! Aku titip salam aja ye buat Erfan” Keluhnya.

    “ Masalah? Kina… jangan cakap yang kamu dikurung lagi dengan Kak Arnezatul..”

    “ Ya…memang begitu lah kenyataannya” Kina, lirih.

    “ kejam sangat la kakakmu tu ya! Boleh-bolehnya dia mengurung adik sendiri. Macam takde perasaan langsung betul orang tuh? Arghh…tak payah la di sesali ye. Tapi kamu tak apa-apa kan, Kina? atau aku datang ke tempatmu dulu ya!! ” Suara di seberang kedengeran mulai Emosi.

    “ Tak yehh… Tak yehh. Nanti kamu malah kena marah juga lagi dengan kak Arnezatul” Kina melarang.

    “ Serius tak yehh??” Sahabat Kina itu kedengaran ragu-ragu.

    “ Iya tak perlu ke. Betul nih..!!” Jawabnya dengan nada menyakinkan.

    “ Ya sudah. kamu… tabah dan sabar saja ya. Aku salut dengan ketegaran kamu dalam menghadapi keadaan selama ini. Terus semangat ya, kalau ada masalah jangan lupa cerita dengan aku. Kalau kamu perlukan bantuan juga begitau saja yee.. Jangan segan” tegas Dalila dari telepon. Kina tersenyum kecil, sahabatnya yang satu ini memang the best.

    “ Iya. Makaseh juga yeh sudah tenangkan jiwa aku”

    “ Sama-sama.. sudah dulu ya Kina. Iffah sudah mengeluh nih, tak sabar. Nanti aku sampaikan salam kamu ke Erfan. Dah….” Dalila mengakhiri perbincangan via telefon petang itu.

    ***
    Seminggu kemudian, Kina mengemas beberapa baju dan barang-barangnya kedalam begnya. Dia sudah bertekad untuk menginap di rumah Dalila beberapa hari ini. Gadis ini betul-betul dah tak kuat tinggal di rumah itu dengan sikap kakaknya yang semakin menjadi-jadi.

    Kina baru saja hendak keluar dari biliknya. Tapi ternyata dengan wajah terkejutnya, Arnezatul sudah berdiri di depan pintu,

    “ Kamu mau kemana? kina? Kenapa sudah tak mau lagi tinggal di rumah ini?” Bentak Arnezatul.

    “ Tak Kak!! Aku Cuma mau bermalam dirumahnya Dalila untuk beberapa hari”

    “ Siapa yang mengizinkan kamu keluar? Ingat ya, Kina. Kakak tak akan mengizinkan kamu pergi kemana pun hari ini” Arnezatul kembali menggertak.

    “ Kina tau kak, kalau kakak tak akan mengizinkan. Tapi Kina tetap juga akan pergi. Lagipun Kina juga tak perlu keizinan dari Kakak” Ujarnya seraya berlalu menuju pintu.

    “ Kina…!!! Berhenti. Sejak bila kamu berani melawan kakak?? Masuk ke bilik kamu sekarang. Atau kakak ceritakan kejadian di supermarket itu sama Mama” kali ini Arnezatul mengancam.
    Langkah kina terhenti. Pikirannya kembali melayang pada saat kejadian waktu itu. Saat dia dituduh mencuri dan akhirnya di bawa ke bilik security. Tapi waktu itu kina dituduh, dan dia tau yang dia memang tak buat. Tapi sayangnya tak ada saipa yang percaya.

    Dan kalau mama tau pasal ini, pasti serangan jantungnya akan bertambah parah lagi. Oh… rasanya Kina tak sanggup kalau mesti egonya begini tanpa memikirkan keadaan mama nantinya. Arnezatul memang…. Kebelakangan. Dan tanpa pikir panjang, Kina segera masuk kembali ke bilikya.

    ******

    Tiga tahun berlalu. Kinazatul asrar tumbuh menjadi seorang gadis cantik dan dewasa. Tapi keadaan masih sama seperti dulu, belum berubah. Arnezatul masih lagi mengongkong Kina sebagai budak kecil yang tak tau menguruskan diri, dan harus selalu disalahkan. Sementara Kina sendiri, mencuba bersikap lebih dewasa menghadapi semuanya.

    Yah… walaupun Arnezatul sudah terlalu kelewatan. Tak mau membiayai kuliah Kina dengan wang orang tuanya, hanya kerana Kina lulus dengan nilai purata 3.68. Bukan !0 seperti yang Arnezatul inginkan. Dan mau tak mau, akhirnya Kina bekerja sambilan untuk menambah wang saku dan dengan bantuan biasiswa itu dapat lah juga meringankan perbelanjaan kuliahnya yang memang tinggi.

    *****

    Hari ini, Arnezatul wisuda. Da tak boleh buat apa-apa dan keistimewaan yang dia miliki. Ibu mereka masih lagi dengan keadaan seperti biasa yang masih juga sakit. Sedangkan Kina sendiri? Dia tak sudi membalas dendam mahupun menyeksa Arnezatul wisuda orang yang selalu membuat hidupnya sengsara. Walaupun itu kakaknya sendiri.

    Tapi setelah beberapa harinya, Ibu mereka tiba-tiba sakit teruk hingga berakhirnya kesengsaraan sakit yang di tanggung ibunya. Ibunya pergi meninggalkan mereka dan Kini hanya duka dan haru yang terasa. Tapi seperti kata pepatah ‘selalu ada hikmah di balik musibah’ Dan akhirnya, Kina memutuskan untuk tak terlalu larut dalam kesedihan.

    Kina merasai, kerana Mama sudah tenang disana, maka dia boleh pergi keluar dari sangkar emas ciptaan kakaknya. Kerana kini Arnezatul tak punya alasan lagi untuk menahan dia pergi. Akhirnya saat ini detik, saat dimana Kina ingin bebas… bebas dari kekangan kakaknya selama ini.

    Tak lama, Kina lalu mengemas semua barangnya dan segera memanggil teksi. Dan ketika Kina mula meletakkan begnya di bagasi, pintu depan tiba-tiba terbuka. Kakaknya, Arnezatul, muncul dari dalam….

    “ Ingat Kina. Sekali kamu pergi dari sini. Maka selamanya kamu tak akan pernah boleh kembali kesini lagi” Bentak Arnezatul, keras.

    “ Ok. Lagipun aku juga tak perlukn hidup dengan amarah seorang kakak yang gila!!” Kali ini Kina balas membentak. Gadis itu kemudian masuk ke dalam teksi, tanpa memperdulikan kakaknya yang masih bersungut kesal.

    *****

    Teksi yang ditumpangi Kina bergerak dengan lajunya, tiba-tiba di persimpangan, sebuah bus meluruh laju dari arah berlawanan. Hendak berhenti, tapi break teksi tersebut kurang berfungsi. Pemandu teksi kehilangan kawalan, lalu terbabas ke kiri, namun akhirnya melanggar keras pembahagi jalan.

    Teriakan-teriakan membahana. Orang-orang berkerumun memenuhi tempat kecelakaan. Jasad Kina ditemukan terbujur kaku di atas jalan. Bersimbah darah, dan tanpa nyawa..

    Dan kini…. Kina benar-benar tenang. Ia bebas… ia terbebas dari segala kekangan di dunia ini. Damai bersama kedua orang tua yang ia cintai, di alam yang lain. Namun… walau jasadnya mati, tapi didalam jiwa gadis itu, terdapat sebuah dilemma yang tak akan pernah hilang…

    3 Responses to “Kebebasan @_@”

    Tanpa Nama berkata...
    28 Disember 2010 pada 11:34 PTG

    kebebasan umpama burung yg bebas terbang di langit yg tinggi dan mahu pergi kemana-mana pun yg diinginkan.....kebebasan itu ada buruk dan ada juga baiknya fikirkan apa keburukannya...!

    puteri mieya.....thank's


    Tanpa Nama berkata...
    28 Disember 2010 pada 11:43 PTG

    generasi muda sekarang terlalu banyak terdedah dengan kebebasan yg diberikan hingga mereka lupa akan tuntutan agama...malah tidak mengenal erti dosa dan pahala......


    berbagi ilmu berkata...
    18 Julai 2018 pada 10:03 PG

    Saya memahami dari cerita ini ada kebebasan yang belum sempat diraih, kebebasan yang mulai ingin diwujudkan, sesuatu keinginan yang hendak diraih, namun cerita hidup berkata lain..


    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Berita Terkini

    Subscribe