3 Okt 2010
TEMUDUGA TERTUTUP JAWATAN KOSONG
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
KHAS UNTUK JAWATANA): EMPAT GANJARAN LUMAYAN
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW:Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut)orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim
1.memelihara solat
2.menjaga puasanya
3.mengeluarkn zakatnya
4.Amalan kebajikan
5.hubungan silaturrahim dan ihsan sesama saudaranya
6.menjaga tingkahlakunya
Berita Terkini
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata - LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah dalam serbu...7 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan - MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...10 tahun yang lalu
-
-
-
0 Responses to “TEMUDUGA TERTUTUP JAWATAN KOSONG”
Catat Ulasan