19 Jan 2009
JODOH
JODOH
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. '
Seorang teman pernah berpesan..
'Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..' '
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada...`
Kecantikan luar, dalam
GEMBIRAKAH diri apabila menjadi idaman lelaki? Apatah lagi menjadi idaman lelaki baik dan cerdik, yang memang menjadi pujaan ramai.
Barangkali lebih berasa gembira bila menjadi idaman masyarakat, negara bahkan agama.
Ada kalanya, jauh di sudut hati terfikir cara menjadi wanita idaman sedangkan diri tidak mempunyai kulit seputih kapas, wajah secantik model jelita atau seindah bulan purnama.
Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi Dia melihat pada hati kamu." (Daripada Abu Hurairah ra)
Ramai wanita mengimpikan memiliki pasangan jejaka kacak, beragama bahkan berpendidikan tinggi serta berharta.
Sekiranya jejaka mengimpikan untuk memiliki gadis jelita selain aspek penting yang menjadi perkiraannya dalam mencari pasangan atau jodoh, wanita juga berhak untuk mencari pasangan yang ada ciri sebagaimana diimpikan.
Dalam hal ini, wanita disarankan supaya memiliki kecantikan diri, lemah-lembut selain perawakan dan penampilan hebat.
Bagi melihat sejauh mana mulianya aspek diri untuk menjadi kebanggaan sekali gus mencapai keredaan Allah, selidik diri untuk mencari kemuliaan yang dimaksudkan.
Antara perkara yang perlu diperhatikan dan diperbaiki adalah hati, pemikiran, luaran dan hal berkaitan diri.
Mungkin dengan cara meneliti soal itu, anda akan menemui beberapa aspek menarik dan perlu dicantikkan dari semasa ke semasa.
- Hati. Inilah yang paling penting. Hati hendaklah dibersihkan. Hati perlu dihidupkan selalu dengan sentiasa mengingati Allah, kenal Allah serta yakin dengan hakikat yang kita hamba Allah.
Hati juga hendaklah dihiaskan dengan benih mahmudah dan disucikan daripada sampah mazmumah.
Harus diingat, untuk membersihkan hati bukannya mudah. Hendaklah bermujahadah kerana apabila hati tunduk pada Allah, bersih daripada kekotoran maka buah akhlak akan muncul.
Akhlak ialah aspek luaran yang muncul hasil kebersihan hati yang suci murni.
- Luaran. Kalau sudah dapat menutup aurat dan mengikut apa yang Allah tetapkan, bersyukurlah. Tapi kalau belum, buatlah apa yang patut.
Dia yang menciptakan semua makhluk, Dia lebih tahu apa yang baik untuk ciptaanNya.
- Pemikiran. Gadis idaman mempunyai pemikiran yang jauh dan besar. Dengan kata lain, dia sentiasa berfikir demi kebahagiaan diri dan masyarakat.
Cara berfikir pada asasnya hendaklah didasarkan oleh ilmu dan panduan yang betul serta bertunjangkan al-Quran dan sunnah.
Bagaimanapun, apa juga yang dilakukan sebenarnya bukan untuk mendapat penghargaan dan pujaan masyarakat tetapi untuk memenuhi kewajipan sebagai hamba Allah yang mendiami bumiNya.
Tidak dinafikan untuk menjadi gadis idaman bukan mudah tetapi harus berusaha. Benda yang mahal memang payah untuk dimiliki, umpama intan dan kaca.
Kaca digunakan sebagai bekas untuk menyimpan intan dan hakikatnya, intan jauh lebih mahal daripada kaca. Intan jualah yang tetap menjadi idaman manusia di dunia ini.
Ada satu perkara yang mungkin dianggap remeh oleh suami tapi ianya penting buat isteri. Ia adalah wajah atau muka isteri. Muka merupakan mahkota kecantikan seseorang wanita. Anda boleh lihat betapa isteri anda mengambil berat ke atas mukanya sendiri.
Seorang suami yang memahami rahsia ini akan menjaga dan membelai muka isterinya dengan baik. Kucupan atau ciuman ke pipi isteri atau mana-mana bahagian mukanya akan menyebabkan isteri merasa disayangi, dan ini akan meningkatkan emosi kasih sayang dan ghairah terhadap suami. Selalulah mencium dan membelai muka isteri anda, dia akan lebih mengasihi anda.
Wallahua'lam

ELAKKAN ROMANTIK YANG MELAMPAU
1. SEWAKTU MENGEJUT SUAMI DARI TIDUR
Wahai kanda ku sayang manja comel buah hati pengarang jantung semerbak mawar indah angkasa bagai bulan dipagar bintang..bukalah matamu yg indah itu kasihku seorang...
2. SEWAKTU MENGAJAK SUAMI MAKAN
Wahai tongkat ali jiwaku sebatang kau seorang sahaja didalam hati yg gersang mendambakan cinta suci padamu tulus ikhlas tiada wasangka walau sebesar zarah tidak ada..mari kita bersantap wahai kanda..
3. UCAPAN SEBELUM MEMULAKAN PERBUALAN
Sayangku kasihku intanku permataku jantungku hatiku organ-organ dalam yg penting bagiku semua itu engkau bagi aku..nyawaku. ..
4. UCAPAN SEBELUM TIDUR
sayaaang.... nak itu.. (tunjuk "kat situ" dengan menggunakan muncung bibir)..
Biar susah, jangan menyusahkan. .
SEBELUM BERKAHWIN KITA BERCINTA DULU
Berita Terkini
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata - LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah dalam serbu...7 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan - MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...11 tahun yang lalu
-
-
-













0 Responses to “JODOH”
Catat Ulasan