13 Okt 2008
0
entah pe2
sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya,
beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian.
Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang- camping lalu menegurnya,
" Anak nak ke mana?".
Si mamat menjawab ringkas,
"KL"
Orang tua itu bertanya lagi,
"Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh"
dan dijawab oleh si mamat tadi
"Ehm... bolehlah."
Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati si mamat berkata,
"Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau....
Beliau meneruskan perjalanannya.
Sebaik menghampiri Pagoh,orang tua tadi bertanya,
"Anak nak kaya tak?"
Simamat tersentak dan berkata dalam hati,
"Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak.Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?"
Si mamat pun jawab,
"Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup.Kalau kaya nanti lupa diri pulak"
Orang tua tu tak bertanya lagi.
Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.
Kemudian orang tua tu tanya lagi,
"Anak nak kaya tak?"
Si mamat jawab serupa yang tadi,
"Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana".
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata
"Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik."
"Terima kasih, ya nak."
lalu orang tua tu turun dari kereta.
Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab,
"Terima kasihlah pakcik"
lalu meneruskan perjalanan.
MORAL OF THE STOREY...
kalau orang bagi kaya mintak dia roti sekali
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Berita Terkini
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata - LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah dalam serbu...7 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan - MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...11 tahun yang lalu
-
-
-













0 Responses to “entah pe2”
Catat Ulasan