12 Sep 2008

0

Salam kemerdekaan

  • 12 Sep 2008
  • opiehahdi
  • Share
  • Hari kemerdekaan cuma tinggal 3 hari lagi. Sudah 51 tahun Malaysia merdeka selepas dijajah sekian lama. Berapa ramaikah diantara kita merasakan kemerdekaan itu adalah rahmat ataupun sekadar perayaan yang mesti disambut setiap tahun tanpa sebarang makna ataupun pengertian.

    Bagiku, Kemerdekaan adalah satu kebebasan yang diperolehi dan dinikmati. Bayangkan jika kita dipaksa bekerja dengan teruk dan tidak dibayar sebarang upah. Bekerja tanpa mengetahui dunia luar dan suatu hari kita dibebaskan. Satu perasaan yang sukar digambarkan ketika itu. Terlintas pelbagai perkara yang ingin kita lakukan yang dahulu hanya dalam mimpi atau angan-angan sahaja. Kemerdekaan ini amat besar ertinya bagi mereka yang mengalami perkara-perkara tersebut..

    Begitu juga dengan negara kita Malaysia. Selepas sekian lama dijajah akhirnya kita memperolehi kemerdekaan tanpa sebarang tumpahan darah iaitu melalui rundingan terus dengan penjajah pada ketika itu. Dengan usaha dan sokongan rakyat akhirnya usaha itu dimakbulkan dengan pengistiharan kemerdekaan dan laungan “Merdeka” pada tanggal 31 Ogos 1957.. Bayangkan selepas 446 tahun selepas Melaka dijajah oleh portugis akhirnya lenyaplah pengaruh penjajah ke atas negara kita.

    Oleh itu kita mestilah bersyukur dengan kemerdekaan yang telah kita nikmati. Walaupun kita tidak mengalami keperitan seperti orang-orang terdahulu tapi kita masih boleh menyelami perasaan itu melalui bacaan buku sejarah yang ada. Lihatlah pelbagai usaha dan pengorbanan mereka yang akhirnya kita sendiri mewarisi kemerdekaan ini.

    Salam kemerdekaan untuk semua…

    0 Responses to “Salam kemerdekaan”

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Berita Terkini

    Subscribe


    Web Informer Button