16 Sep 2008

0

Ibuku seorang pembohong

  • 16 Sep 2008
  • opiehahdi
  • Share
  • Ibuku seorang pembohong ???

    Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

    Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

    Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

    Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
    Di hujung musim persekolahan,ibu meminta cuti kerja supaya dpt menemani saya pergi ke sekolah utk menduduki peperiksaan penting.Ketika hari sudah siang,terik panas matahari mulai menyinari,ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan.Ibu seringkali saja senyum & mulutnya terkumat-kamit berdoa kpd Illahi agar saya lulus ujian exam ini dgn cemerlang.tika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai,ibu dgn segera menyambut saya & menuangkan kopi yg sudah disiapkan dlm botol yg dibawanya.Kopi yg kental itu tdk dpt dibandingkan dgn kasih syg ibu yg jauh lebih kental.Mlihat tubuh ibu yg dibasahi peluh saya segera mberikan cawan saya itu kpd ibu & menyuruhnya minum.Tapi ibu cepat2 menolaknya & bkata:"Minumlah nak,ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YG KE4.

    Setelah pemergian ayah kerana sakit,iaitu selepas saya baru bberapa bulan dilahirkan, ibulah yg mengambil tugas sebagai ayah kpd kami sekeluarga.Ibu bkerja mengambil upah d kebun,membuat penyapu lidi & menjual kuih-muih agar kami tdk kelaparan.Tapi apalah sgt kudrat ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah.Melihat keadaan keluarga yg semakin parah,seorang pakcik yg baik hati & tinggal berjiran dgn kami,dtg utk mbantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.Jiran2 sering kali menasihati ibu supaya menikah lg agar ada seorang lelaki yg akan menjaga & mencarikan wang utk kami sekeluarga.Tapi ibu yg keras hatinya tdk mengendahkan nasihat mereka.Ibu berkata "Saya tdk perlukan cinta & tdk perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YG KE5
    Setelah kakak & abg habis belajar & mula kerja,ibu sudah pun tua.Kakak & abg menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah.Tdk payahlah lg bersusah payah & bsengkang mata utk mcari duit.tapi ibu tdk mahu.Ibu rela pergi kepasar setiap pagi mjual sedikit sayur utk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak & abg yg bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang utk membantu memenuhi keperluan ibu,pun begitu ibu tetap berkeras tdk mahu menerima wang tersebut.Malahan ibu mengirim balik wang itu & ibu berkata : "Jgn susah2,ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YG KE6.

    Setelah tamat pengajian, saya melanjutkan lg pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara.Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dgn cemerlang,kemudian saya pun bekerja dgn syarikat yg telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.Dgn gaji yg agak lumayan,saya bhajat membawa ibu utk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Pd pandangan saya,ibu sudah puas bsusah payah utk kami.Hampir seluruh hidupnya habis dgn penderitaan, eloklah kalau hari2 tua ini ibu habiskan dgn keceriaan & keindahan pula.Tapi ibu yg baik hati,menolak ajakan saya.Ibu tdk mahu menyusahkan anaknya ini dgn berkata; "Tak payahlah,ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YG KE7.
    Beberapa tahun berlalu,ibu semakin tua.Suatu mlm saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser.Ibu mesti dibedah secepat mungkin.Saya yg ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang utk menjenguk ibunda tercinta.Saya melihat ibu terbaring lemah dikatil hospital setelah menjalani pembedahan.Ibu yg kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dgn penuh kerinduan.Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yg menjalari setiap inci tubuhnya.Saya dpt melihat dgn jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah & kurus.Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi & dahinya.Di saat itu hati saya terlalu pedih,sakit sekali melihat ibu dlm keadaan seperti ini.Tapi ibu tetap tersenyum & berkata : "Jgn menangis nak,ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KE8.
    RENUNGILAH, I LOVE YOU MUM

    0 Responses to “Ibuku seorang pembohong”

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Berita Terkini

    Subscribe


    Web Informer Button