18 Sep 2008

0

ANTARA ANJING DAN AWEK..... LEMBU

  • 18 Sep 2008
  • opiehahdi
  • Share
  • ANTARA ANJING DAN AWEK.....
    LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam
    ada yg tak kena je?

    ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je
    aku gigit manusia tadi.

    LEMBU : Eh? kenapa?

    ANJING: Aku lalu tepi dua orang
    manusia lelaki dan perempuan yang
    sedang berkepit. Tetiba si lelaki
    terperanjat dan terus melompat dan
    berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh,
    najis!".

    LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis
    tahap berat bagi manusia.
    Biasalah tu.

    ANJING: Kalau aku najis sekali pon,
    kalau dia tersentuh aku, boleh
    disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba
    awek dia tu apa? Boleh ke nak
    samak dosa?

    LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg
    bukan mahramnya tanpa ikatan yg
    sah, lebih dahsyat kenajisannya
    daripada memegang ko anjing, malah
    tak boleh suci sekalipun disamak.

    ANJING: Wah.. ayat ko memang power
    la... manusia kena ubah
    pepatah "Pandai macam LEMBU"

    Sedikit Penjelasan:
    Daripada satu hadis yang diriwayatkan
    daripada ibnu majah menyatakan
    bahawa "Bergomolan dengan babi
    (khinzir) itu adalah lebih baik
    berbanding dengan bersentuhan (secara
    sengaja) dengan wanita yang
    bukan mahram". Bersentuhan (dengan
    sengaja & apatah lagi bertujuan
    syahwat)adalah berdosa dan wajib
    bertaubat (bagi membersihkan dosa).
    Sedangkan menyentuh anjing tidaklah
    berdosa dan hanya perlu disuci
    (bukan bertaubat). Menyentuh anjing
    bukanlah satu kesalahan (dosa)
    atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita
    bukan mahram adalah berdosa
    dan merupakan maksiat.

    Di dalam satu riwayat hadis yang lain
    yang maksudnya, "Sesungguhnya
    kepala yang ditusuk dengan besi itu
    lebih baik daripada menyentuh
    kaum yang bukan sejenis yang tidak
    halal baginya'. (Riwayat At
    Tabrani dan Baihaqi)

    "Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah
    sama orang-orang yang
    mengetahui dengan orang-orang yang
    tidak mengetahui? Sesungguhnya
    orang-orang yang dapat mengambil
    pelajaran dan peringatan hanyalah
    orang-orang yang berakal sempurna".
    (Surah Zumar: 9)

    0 Responses to “ANTARA ANJING DAN AWEK..... LEMBU”

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Berita Terkini

    Subscribe


    Web Informer Button