18 Sep 2008

0

10 Wasiat Imam Syafie

  • 18 Sep 2008
  • opiehahdi
  • Share
  • *10 Wasiat Imam Syafie**


    SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada
    para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat
    tersebut:
    "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
    hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

    PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
    Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan
    berpada-pada dengan rezeki yang ada.
    KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
    Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
    kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan
    merasa cinta kepada Allah.
    KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
    Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
    merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
    dizalimi.
    KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
    Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat
    menasihati.
    KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
    Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
    sanggup menanggung kesusahan.
    KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
    Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang
    beriman dan suka berjemaah.
    KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
    Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,
    bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
    KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
    Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur
    ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
    KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
    Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung
    kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam
    mencari keredhaan Allah.
    KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
    Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
    kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


    Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan
    kita dapat bersama-sama mengamalkannya.
    " Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus
    di jalan Mu...Amin.."*

    0 Responses to “10 Wasiat Imam Syafie”

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Berita Terkini

    Subscribe


    Web Informer Button